Monday, June 7, 2010

teknologi pendidikan

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik
Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik

Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Multimedia dalam Pendidikan Islam

Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi individu pelajar secara bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Seiring dengan keperluan dan kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan, penekanan yang berterusan harus diutamakan bagi mewujudkan guru yang berkualiti, berketrampilan, berhemah tinggi dan berdaya maju. Kesediaan guru memahami, menerima dan melaksanakan perubahan yang berlaku dalam senario pendidikan masa kini adalah prasyarat utama ke arah kecemerlangan profesionalisme perguruan. Guru berkualiti sentiasa berusaha menjana pelbagai aktiviti yang sesuai dan seiring dengan tahap perkembangan minda pelajar. Kesemua elemen positif ini perlu dijalin secara bijaksana bagi memperkasa dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran.
Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.
Guru pada masa kini berperanan lebih kompleks dan mencabar. Guru dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan abad ke-21 yang bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Justeru seseorang guru disamping memiliki kemahiran-kemahiran pedagogi, perlu melengkapkan diri dengan perkembangan terkini ICT. Dunia pendidikan pada hari ini tidak dapat membebaskan diri daripada penguasaan dalam bidang ICT dan tiada siapa dapat menafikan kepentingan kemahiran ICT dalam melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif.
Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia amat penting. Strategi ini telah membuka luas segala pendekatan, saluran dan kemungkinan untuk mempengaruhi proses pembelajaran. Namun demikian, dari satu segi, para pendidik memerlukan dan mengharapkan pelajar-pelajar mereka masa kini mempelajari serta menguasai kemahiran-kemahiran generik yang diperlukan supaya mereka mempunyai tahap literasi komputer yang tinggi. Dari satu segi yang lain, mereka juga ingin melihat pendidikan melalui teknologi komputer menjadi sebahagian atau sepenuhnya bersepadu dalam pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor pengalaman pelajar.
Perlu ditegaskan bahawa dalam persekitaran budaya berpengetahuan dan berkomunikasi yang meningkat ditahap global melepasi sempadan-sempadan negara dan local, ICT merupakan unsur penting yang tidak boleh diketepikan oleh sektor pendidikan di mana-mana negara dalam era pendidikan abad ke-21. Pelajar-pelajar dalam sistem pendidikan yang dapat menguasai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan mempunyai kelebihan yang lebih jauh daripada mereka yang tidak mempunyai kemahiran-kemahiran berkenaan. Justeru itu juga Negara dan masyarakat yang dapat menguasainya, sama ada dalam penggunaan untuk aktiviti pengeluaran mahupun dalam aspek penggunaan dalam aktiviti perkhidmatan secara bijak dan berkemahiran tinggi akan terkehadapan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang berasakan pengetahuan dan ilmu pada abad akan datang.
Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai pengupaya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan tetapi ia memerlukan penguasaan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna yang lebih lengkap terhadap penggunaannya. Oleh yang demikian, para pendidik perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pendidikan.
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh dari media lain sebelum ini.
Tugas guru sebagai penyedia bahan-bahan proses pengajaran dan pembelajaran, manakala multimedia interaktif dan peranan ICT adalah untuk meningkatkan keberkesanan persembahan pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan minat para pelajar untuk menggunakan multimedia. Guru-guru harus melihat peranan mereka dalam mengimplementasikan ICT bukan hanya sebagai penyampai maklumat dalam bentuk multimedia tetapi juga menurunkan kuasa kepada murid-murid untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sendiri dan meneroka maklumat dengan menggunakan ICT.
Untuk kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu ada inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran-kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru itu akan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi.
Profesion perguruan dialaf baru haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan generasi muda yang berfikiran kriitis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan Negara.

Islam dan Teknologi Maklumat

prasastra menulis "KEMAJUAN teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:''''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.'''' (al-Quran Fussilat (41), ayat 53).Proses globalisasi dan pensejagatan ilmu merupakan satu proses yang dapat menyerlahkan kebenaran dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang positif sesuai dengan tuntutan agama sendiri.Berdasarkan hal ini maka orang Islam tidak seharusnya menyisihkan diri dari perkembangan dan pembangunan teknologi maklumat pada hari ini, malah kita seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.Apabila kita berbicara tentang Internet lawan dakwah dan membentangkan beberapa unsur pemusnah nilai-nilai agama melalui Internet dan surat elektronik, maka kita tidak bermaksud agar kita menjauhkan diri daripada menggunakan komputer dan Internet. Malah tujuan kita ialah agar kita turut terlibat secara langsung di dalam aktiviti keilmuan ini dengan menggunakan berbagai-bagai kemudahan komputer untuk menyebarkan ilmu dan sekali gus dapat memanfaatkan diri dengan pencapaian istimewa manusia dalam teknologi maklumat itu.Kita dapat mengesan beberapa pandangan yang membina tentang perkembangan teknologi maklumat dan kemanfaatannya. Tetapi peringatan dan amaran yang disuarakan ialah kebimbangan dan kekhuatiran yang amat besar tentang pengaruh negatif perkembangan ini terhadap nilai dan pegangan akidah umat Islam, khususnya generasi muda yang sedang mencari nilai-nilai hidup sendiri dan yang kurang memahami asas-asas akidahnya secara mantap.Unsur-unsur lucah dan gejala hedonisme daripada satu pihak amat menonjol dalam Internet yang seolah-olah disogokkan untuk merubah nilai dan pandangan hidup manusia sejagat dan mengepung mereka dalam satu lingkungan yang bebas daripada nilai-nilai agama dan moral yang positif untuk kesejahteraan manusia.Daripada satu pihak yang lain unsur-unsur negatif dan mengelirukan yang ditonjolkan tentang kebenaran agama mungkin boleh membawa kekeliruan pandangan tenang akidah dan unsur-unsur tauhid agama, termasuk persoalan-persoalan tentang ketuhanan dan kerasulan.Hal-hal seperti ini memang tidak dapat dinafikan kewujudannya, dan seperti yang dijelaskan maka unsur-unsur ini terbukti amat cepat penyebaran dan kebanjirannya dalam masyarakat manusia, termasuk masyarakat kita yang sedang menggalakkan pembangunan teknologi ini.Unsur-unsur pendidikan dan pengawasan diri haruslah dipertingkatkan ke tahap yang paling maksimum agar teknologi maklumat dapat dimanfaatkan oleh kita dalam membina masyarakat madani yang kita cita-citakan.Unsur-unsur penapisan diri dan membina kekuatan dalaman haruslah dipertingkatkan dengan bersungguh-sungguh agar cabaran-cabaran negatif dalam teknologi maklumat itu dapat dilawan dan diatasi dengan sebaik-baiknya.Semua faktor pengawasan dan pendidikan manusia, termasuk ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin, dan jentera kerajaan sendiri haruslah dijanakan dengan sebaik-baiknya untuk mendidik semua peringkat generasi masyarakat kita yang sedang membangun supaya dapat menggunakan teknologi maklumat secara yang bertamadun untuk membina masyarakat madani.Masyarakat bertamadun yang hendak kita bina ialah masyarakat yang berasaskan sistem nilai dan pembangunan ilmu pengetahuan yang menuju kepada kebenaran dan kekuasaan Allah S.W.T.Hal ini memerlukan penyertaan orang-orang Islam sendiri dalam pembangunan teknologi maklumat secara positif dan proaktif. Biarlah ilmu dan kekayaan orang Islam dalam tamadun menjadi penyumbang yang konkrit untuk memajukan teknologi maklumat, dan bukanlah sebaliknya.Terdapatnya beberapa kumpulan anak-anak muda Islam yang membuka laman web mereka tentang kumpulan ''''gay dan lesbian Islam'''' sesungguhnya amat memalukan dan merupakan satu tamparan hebat kepada kesucian agama kita.Malah penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.Bagaimanakah hendak kita binakan masyarakat madani dan mengembalikan tamadun gemilang kita, sekiranya sikap negatif ini masih mencengkam jiwa orang-orang Islam sendiri dan unsur-unsur yang meruntuhkan ini lebih banyak mendapat perhatian daripada unsur-unsur yang dinamik dan membina?Masyarakat islam sekarang amat memerlukan golongan berilmu dan berhikmah dalam membangun teknologi maklumat secara bertamadun, dan orang-orang Islam sendiri haruslah menjadi sumber ilmu dan hikmah itu sendiri, terutamanya apabila semua prasarana teknologi maklumat itu telah dibangunkan dengan jayanya di negara kita."

Teknologi pendidikan

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal.[1]
Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam.[2]
Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Selamat Datang ke laman Teknologi Pendidikan Ummie Nadiah

Salam sejahtera kepada semua pembaca laman ini.laman ini direka untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar IPGM KPI khasnya dan kepada sesiapa sahaja yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang pendidikan.